Dyslexia

Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.
Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.

Disleksia, atau gangguan membaca pembangunan, dicirikan oleh kesukaran dengan belajar membaca dengan lancar dan dengan kefahaman yang tepat walaupun kecerdasan yang normal atau melebihi purata. Ini termasuk kesukaran dengan kesedaran fonologi , fonologi penyahkodan, kelajuan pemprosesan, coding dgn sistem ejaan , pendengaran ingatan jangka pendek , kemahiran bahasa / kefahaman lisan, dan / atau penamaan pesat

Dyslexia, aatau masalah perkembangan pembacaan, bercirikan kesukaran dengan belajar membaca dengan lancar dan dengan kefahaman yang tepat sungguhpun memiliki kecerdasan yang normal atau melebihi purata. Ini termasuk kesukaran dengan kesedaran fonologi , penyahkodan fonologi, kepantasan memproses, pengkod orthografik ("sistem ejaan"), ingatan jangka pendek pendengaran, kemahiran bahasa / kefahaman lisan, dan/atau penamaan pantas.

Disleksia adalah masalah pembelajaran yang paling biasa dan masalah pembacaan yang paling diakui. Terdapat kesukaran membaca yang lain yang tidak berkaitan dengan disleksia.
Sesetengah pihak melihat disleksia sebagai berbeza daripada kesukaran membaca akibat daripada sebab-sebab lain, seperti kekurangan bukan neurologi berkait penglihatan atau pendengaran, atau pengajaran lemah atau tidak mencukupi. Terdapat cadangan tiga jenis pecahan kognitif disleksia (pendengaran, penglihatan dan penumpuan), sungguhpun kes-kes disleksia individu adalah lebih baik dijelaskan melalui kekurangan neuropsikologi asas khusus (contoh, gangguan memproses pendengaran, masalah hiperaktif gangguan perhatian, gangguan pemprosesan visual) dan berlaku masalah pembelajaran bersama (contohnya diskalkulia dan disgrafia). Sungguhpun ia dianggap sebagai menerima (afferent) berasaskan kecacatan pembelajaran bahasa dalam penyelidikan maklumat, disleksia juga memberi kesan kemahiran ekspresif (eferen) bahasa seseorang. Penyelidik di MIT mendapati bahawa seseorang dengan disleksia mempamerkan kecacatan keupayaan mengenalpasti suara.
Lebih menariknya, kajian yang diterbitkan dalam talian (dan dalam isu Julai American Journal of Human Genetics), melaporkan kemungkinan asal disebabkan genetik sebagai punca masalah itu, dan masalah pembelajaran lainnya, yang boleh membantu memberi petunjuk dalam beberapa kes bagi diagnosis awal dan campur tangan yang lebih berjaya


Ciri-ciri penghidapnya:

Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.

Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.

Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.

Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.

Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.

Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.

Sering berlaku di kalangan lelaki.

Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.

Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.


Punca disleksia

Doktor pakar dan penyelidik tidak pasti punca disleksia. Namun, punca disleksia dipercayai merupakan akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal.  Beberapa bukti menunjukkan kepada kemungkinan bahawa keadaan ini diwarisi. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati mereka yang menghadapi disleksia bukannya mengalami kecederaan atau kerosakan di bahagian otak tetapi cara otak mereka beroperasi berbeza daripada orang yang bukan mengalami disleksia. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.