Meningitis

Meningitis ialah keradangan pada membran sekeliling otak dan saraf tunjang. Ia terjadi akibat dari jangkitan virus atau bakteria yang berlaku pada selaput tisu membran yang menyelaputi otak dan cecair serebrospina.
Terdapat beberapa jenis Meningitis, antaranya adalah :-
Meningococcal meningitis
Meningitis (Meningokokal)
Meningitis meningokokal adalah radangan pada selaput sekeliling otak dan saraf tunjang dan boleh membawa kepada meningokokal septisemia (keracunan darah oleh bakteria meningokokus).
Penyakit meningokokal disebabkan oleh bakteria meningococcus Neisseria meningitides. Penyakit Meningokokal berjangkit secara langsung menerusi titisan rembesan respiratori dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti.
Penyakit ini kebanyakkannya berlaku di kalangan kanak-kanak berumur bawah 5 tahun. Ia juga kerap berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja. Mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah dan rapat dengan pesakit, pelancong yang melawat ke kawasan endemik di dunia juga mempunyai risiko yang tinggi.