Selesema Burung

Avian Influenza atau lebih dikenali sebagai selesema burung merupakan penyakit selesema yang diakibatkan oleh virus selesema yang menyerang burung. Penyakit ini mudah merebak, dan wabak ini telah melanda dunia dengan begitu pantas.

Apakah selesema burung?

Lebih seabad, selesema burung hanya beredar di kalangan unggas sahaja, terutamanya ayam ternakan. Bagaimanapun, penyakit ini mula dikenali Avian Influenza apabila beberapa jenis virusnya menjangkitinya manusia. Virusnya pula semakin bertambah kuat dan tegar, malah bermutasi (berlaku perubahan genetik sesuatu organisma seperti tumbuhan, haiwan, dan sebagainya yang mengakibatkan perubahan ciri tertentu organisma tersebut) pula. Ia kini berjangkit dari unggas kepada manusia.

Pada 1997, terbukti selesema burung memang membawa maut apabila ada penduduk Hong Kong mati kerananya. Ketika para saintis sedang bergelut mengenal pasti jenis-jenis virus berbahaya dan mencari pencegah wabak membawa maut ini, wabak selesema burung ini terus berjangkit merentas dunia dari sebuah negara ke sebuah negara lain.

Bagaimana selesema burung berjangkit?

Lazimnya, virus selesema burung dibawa di dalam usus unggas liar dan tidak berbahaya. Namun virus ini mula menyesuaikan diri mengikut keadaan dan bermutasi menjadi virus yang paling berbahaya sehingga menyerang manusia.
Avian Influenza boleh berjangkit melalui air liur, lelehan hidung, dan najis burung. Burung-burung lain yang menyentuh cairan itu membawa virus tersebut ke tempat lain pula. Begitulah seterusnya. Keadaan ini sukar dibendung kerana unggas liar ini berhijrah dari satu negara ke negara lain.
Virus Avian Influenza merebak di dalam udara dan baja serta hidup lebih lama di dalam udara sejuk. Ia juga boleh dipindahkan melalui air dan makanan tercemar, peralatan serta pakaian. Tempoh pengeraman ialah antara tiga hingga lima hari. Virus berbahaya seperti H5N1 boleh membunuh dalam masa beberapa hari sahaja.

Bagaimana mencegah selesema burung berjangkit

Kita tidak semestinya memulaukan memakan ayam sama sekali. Apa yang penting ialah mengampil berat aspek kebersihan. Apa yangboleh kita lakukan ialah:
Pastikan ayam masak sepenuhnya. Suhu memasak mestilah sekurang-kurangnya 70-75 darjah Celcius.
Basuh tangan dengan sabun (sabun antibakteria) sebelum dan selepas menyentuh daging mentah.
Basuh dengan bersih semua permukaan dan peralatan dapur yang terkena daging mentah.
Masak telur sampai masak sepenuhnya. Elakkan makan telur separuh masak.

Virus-virus Avian Influenza dikenali sebagai H5N1 (paling bahaya), H7N2, H1N7, H7N3M, H13N6, H5N9, H11N6, H3N6, HPN2, H5N2, H4N8, H10N7, H2N2, H8N4, H14N5, H6N5, H12N5, dan banyak lagi.