Tetanus ( Kancing gigi )

Kancing gigi atau juga dikenali sebagai tetanus, mempunyai tanda-tanda seperti kekejangan otot yang menyakitkan. Ia merupakan keadaan perubatan berciri-ciri oleh pengucupan berpanjangan fiber otot kerangka. Simptom utama disebabkan oleh tetanospasmin, neurotoksin yang dihasilkan oleh Bakterium anearobik obligate Gram-positif Clostridium tetani. Jangkitan biasanya berlaku melalui jangkitan luka dan sering kali membabitkan cedera luka atau tusukan dalam. Ketika jangkitan berlaku, kekejangan otot berlaku pada rahang (dengan itu nama "kancing gigi") dan di tempat lain pada badan. Jangkitan boleh dielakkan melalui pelalian yang betul dan prophylaxis selepas dedahan. Kancing gigi merupakan sejenis penyakit berbahaya yang boleh membawa maut dan menjadi punca utama kematian di Asia dan Afrika.

Clostridium tetani dijangkiti melalui manusia, kuda dan haiwan berdarah panas. Saluran usus, luka dan spora, tanah, najis mengandungi bakteria ini. Risiko penyakit ini amat tinggi jika kecederaan berpunca daripada objek runcing dan tajam seperti jarum atau duri pokok yang tercemar yang berkemungkinan mencucuk spora jauh ke dalam kulit.
Tanda-tanda seseorang itu mendapat kancing gigi ialah kelesuan, ketegangan atau kekejangan, sukar mengunyah, otot semakin keras hingga terkancing gigi, susah tersenyum lebar, pengecutan otot yang kuat, kekejangan yang menyakitkan. Kancing gigi mengakibatkan keretakan (di tulang-tulang panjang, tulang belakang), kerenggangan tendon, kesukaran makan, kegagalan jantung dan trombosis. Kancing gigi hanya boleh dicegah melalui vaksinasi.

Penyakit kancing gigi menjejaskan otot rangka, sejenis otot striated digunakan bagi pergerakan sedar. Jenis otot striated lain, kardiak atau otot jantung, tidak boleh mengalami tetanized kerana ciri-ciri eletrik dalamannya. Kadar kematian dilaporkan berbeza antara 40% hingga 78%. Pada tahun kebelakangan, sekitar 11% kes tetanus dilaporkan menyebabkan kematian. Kadar kematian yang tinggi adalah pada orang yang tidak menerima pelalian dan mereka yang berusia melebihi 60 tahun.

Tempoh pengeraman/inkubasi tetanus mungkin sehingga beberapa bulan, tetapi biasanya sekitar 8 hari. Secara umum, lebih jauh tempat luka dari sistem saraf pusat, lebih lama tempoh pengeramannya. Lebih singkat tempoh pengeraman, lebih teruk simptomnya. Bagi kancing gigi pada bayi baru lahir/neonatal, simptom biasanya muncul sekitar 4 hingga 14 hari selepas kelahiran, purata sekitar 7 hari. Berdasarkan jumpaan klinikal, empat bentuk kancing gigi berlainan telah digambarkan.

Kancing gigi sering kali dikaitkan dengan karat, terutama paku berkarat, tetapi konsep ini adalah tidak tepat. Objek yang mengumpul karat biasanya terdapat di luar rumah, atau di tempat yang melindungi bakteria anaerobik, tetapi karat itu sendiri tidak menyebabkan penyakit kancing gigi maupun ia mengandungi lebih banyak bakteria C. tetani. Permukaan kasar logam berkarat sekadar memberikan habitat utama bagi endospora C. tetani untuk tinggal, dan paku memberikan cara menembusi kulit dan menghantar endospora ke dalam luka. Endospore merupakan struktur hidup tanpa-metabolis yang akan mula metabolis dan menyebabkan jangkitan sebaik sahaja dalam persekitaran yang mencukupi. Olehkerana C. tetani merupakan bakteria anaerobik, dan ia dan endosporenya hidup dengan baik dalam persekitaran tanpa oksijen. Dengan itu, memijak paku (berkarat atau tidak) mungkin menyebabkan jangkitan kancing gigi, kerana persekitaran oksijen rendah (anaerobik) diberikan oleh objek yang sama yang menyebabkan luka tusukan, menghantar endospore ke persekitaran yang sesuai bagi pertumbuhan.